Thursday, January 7, 2010

ALLAH MAHA ESA - AYUH, KITA KUMPUL DI MASJID KG. BARU ESOK !!!!

GPMS Cawangan Wangsa Maju ingin mengajak kesemua rakyat Malaysia beragama Islam yang membantah penggunaan nama Allah untuk agama Katholik berkumpul di hadapan Masjid Kampung Baru pada pukul 2.30 petang (selepas Solat Jumaat) bagi menyuarakan pendapat kita, mendesak agar isu ini dihentikan dengan segara.

Niat ikhlas ini bukanlah untuk mengeruhkan keadaan. Tetapi ianya adalah salah satu langkah mulia dan keikhlasan hati kami untuk menyeru segenap lapisan masyarakat Islam di Malaysia agar memelihara kesucian agama Islam terutamanya mengenai isu Allah, Tuhan Maha Esa.

Ia adalah titik permulaan untuk kita bersatu dan memberi amaran kepada mana-mana pihak agar menghormati pegangan dan ajaran Islam sebagai Agama Rasmi Negara. Sikap hormat menghormati sesama agama dan bangsa tetap dipertahankan. Tetapi jangan bersikap kurang sopan dengan menuntut sesuatu yang mengguris hati dan perasaan agama lain. Jika konsep ini diteruskan, Insyaallah semua perkara ini tidak timbul.

Namun, ianya timbul juga. Dek kerana beberapa kumpulan yang sungguh biadap dan cuba mencabar kewibawaan Agama Islam sebagai Ad din.. Marilah sama-sama kita berkumpul secara aman, menegaskan pendirian kita, mempertahankan maruah Agama Kita, Tuhan Kita, Alla 'Azzawajalla..

2 comments:

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.

BankIslam.Net said...

Dialog Masalah Ketuhanan Yesus

http://www.bankislam.net/Kisah_Benar/Dialog_Masalah_Ketuhanan_Yesus/