Tuesday, January 5, 2010

ALLAH JADI REBUTAN - BENARKAH DUNIA KRISTIAN GUNAKAN NAMA ALLAH?.

Buat pertama kalinya, sejarah Malaysia telah mencatatkan penggunaan nama Allah menjadi rebutan antara Islam dan Kristian. Persoalan yang timbul kini, kenapa baru sekarang Kristian di Malaysia timbulkan isu ini?

Lebih mengejutkan lagi, seorang pemimpin politik merestui dan bersetuju dengan penggunaan nama Allah untuk agama Kristian. Inilah realiti Malaysia kini. Penghormatan terhadap Agama Islam semakin terhakis. Isu agama dibawa ke mahkamah. Agama satu hal, nama Allah pula menjadi medan pertempuran di Mahkamah kita. Astagfirullah..

GPMS Cawangan Wangsa Maju tampil memberi kenyataan. Jika diimbas sejarah, Kalau kita bercadang nak mengheret sejarah dalam isu ini, kita boleh mempertikaikan agama Kristian dan Yahudi itu sendiri dari segi nama ketuhanan mereka. Apa yang jelas, Nabi Isa yang Kristian angkat menjadi anak tuhan bukan orang 'Arab, sebaliknya dia adalah seorang Yahudi bani Israel berbangsa Hebrew.

Sudah tentu nama beliau bukan dalam bahasa 'arab. Jadi bagaimana pula golongan Kristian boleh mendakwa nama "ALLAH" sebagai tuhan mereka telah diguna sejak awal wujudnya agama Kristian. Sebaliknya nama asal Nabi Isa dalam kitab Hebrew ialah Yehwah. Malah nama "Jesus" sendiri pun adalah sebenarnya ciptaan barat, berasal daripada perkataan Greek kuno "Yeosus" kemudian diubah menjadi "Yesus" dalam Inggeris lama sebelum menjadi Jesus dalam Inggeris moden!!

Begitu jugalah dengan agama Yahudi atau Judaism. Judaism adalah "the religion of the ancient Hebrews and their descendants the Jews, based, according to the Old Testament, on a covenant between God and Abraham about 2000BC, and the renewal of the covenant with Moses about 1200BC. Judaism is the oldest monotheistic faith, the forebear of Christianity and Islam. It rest on the concept of one eternal invisible God". Jadi adalah jelas agama asal Yahudi, yang selepas itu diikuti oleh agama Kristian adalah berteraskan kepada kepercayaan Tuhan itu Satu!! Sebab itu setelah kesesatan mereka, mereka masih menerima ALLAH sebagai Maha Pencipta (rububiyah) tetapi menolak ALLAH sebagai Tuhan Yang Satu (uluhiyah).

Oleh itu, rumusannya Apa yang jelas, rancangan Kristian Malaysia untuk menggunakan perkataan ALLAH itu adalah dalam konteks mempercayai nama ALLAH itu adalah nama bagi Tuhan yang berkonsepkan fahaman Triniti: iaitu 3 dalam 1. Sudah tentu ini bercanggah dengan aqidah umat Islam termasuk bangsa Melayu. Malahan pada saya ini adalah satu perancangan halus dan jahat mereka untuk mengelirukan umat Islam.

Yang amat menghairankan, mengapa mereka berkeras mahu menggunakan perkataan ALLAH hanya bagi penerbitan Kristian dalam Bahasa Melayu, tetapi di dalam versi bahasa Inggeris mereka masih menggunakan perkataan Jesus dan lain-lain. Tidakkah itu membuktikan satu muslihat yang jahat.

Malahan sebenarnya muslihat la'nat ini telah digambarkan oleh ALLAH kepada kita didalam Al Quran di surah Al Baqarah:2, "sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara kehidupan mereka; namun katakan (kepada mereka) bahawa cukuplah petunjuk ALLAH (al Quran) sebagai petunjuk kami (umat Islam). Tetapi jika kamu masih mahu mengikuti cara mereka setelah datang kepada kamu Al Quran, maka perbuatlah, namun Aku (ALLAH) tidak akan membantu dan membimbing kamu (iaitu ALLAH akan berlepas tangan denagn kita umat Islam).

Maaf. Bukan untuk bertindak kurang ajar kepada sesiapa. Namun ini adalah fakta. Fakta berteraskan Al Qur'an dan Sunnah. Kita hidup di Malaysia, sikap toleransi dan perpaduan masyarakat Majmuk tetap menjadi nadi pegangan rakyat Malaysia. Namun, haruslah juga diingat bahawa hormat-menghormati juga perlu ditanam dan disemai dalam diri kita.

Kenapa akhbar 'The Herald' tidak mengendahkan semua ini? Kenapa penerbit akhbar ini tidak berbincang mengenai isu sebelum dibawa ke mahkamah? Inilah persoalannya. Jangan dimainkan isu Allah ini. Kelak binasa kita.

Kami mahu bertanya kepada golongan Islam yang beriya-iya hendak benarkan Kristian Malaysia guna nama ALLAH sebagai ganti nama Tuhan yang mempunyai anak Jesus saperti mana kepercayaan Kristian, sudahkah mereka bertanya kepada Pope Benedict, Ketua Agama Kristian? Sudahkah satu survey dibuat dikalangan Kristian di Malaysia apakah mereka mahu nama Tuhan mereka sekarang menjadi ALLAH?

Apakah statistik yang sudah dibuat untuk menunjukkan peratus Kristian Malaysia yang benar-benar mahu tukar nama Tuhan mereka kepada ALLAH? Pelik bangsa Melayu ni, beriya-iya benar dia nak menjual nama Tuhannya sendiri..demi apa??

Sila layari http://www.christianpost.com/article/20070823/is-calling-the-christian-god-allah-wrong/index.html) dan lihatlah sendiri kebenarannya samada Kristian mengikhtiraf Allah ataupun tidak.

Kepada generasi Muda Islam dan Melayu, jangan terkeliru. Tetapkan aqidah kita bahawa Allah swt adalah Tuhan kita yang Satu. Kita sembah, kita taat padaNya. Kerana Allah, Islam adalah ajaran yang sebenar.


4 comments:

Mohd said...

Pangkat Tan Sri haruslah ditarik balik dpd Murphy Pakiam ini!
Dia dgn jelas telah mengkhianati negara M'sia dan menderhaka kpd DYMM Agung.
Raja beri pangkat, Raja boleh tarik balik!

aswancc said...

.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
[1] http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
[2] http://sites.google.com/site/n25kajang/1
.

aswancc said...

.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
[1] http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
[2] http://sites.google.com/site/n25kajang/1
.

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI