Friday, July 31, 2009

ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA - AL FATIHAH

Suratan takdir telah menentukan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Pulau Pinang, Datuk Hamdan Abdul Rahmat telah kembali ke rahmatullah pada 6.30 pagi tadi di IJN, Kuala Lumpur.

Allahyarham merupakan ADUN Permatang Pasir sejak tahun 1999 di bawah Parlimen Permatang Pauh. GPMS Cawangan Wangsa Maju mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri yang Maha Esa. Al Fatihah.


Thursday, July 30, 2009

MEMORANDUM GPMS BUAT KERAJAAN SELANGOR 'NAIK PANAS' !!!

Pada 29 Julai 2009, GPMS Kebangsaan diketuai oleh Naib Presiden GPMS yang juga merupakan YDP GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berikut merupakan antara memorandum yang disuarakan : -

Tarikh:
29 Julai 2009

Kepada:
Yang Amat Berhormat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

Daripada:
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)


Memohon Pembelaan Sewajarnya Ke Atas Kes
Allahyarham Adik Wan Siti Farihan Bt Mohamed Hassan,
Yang Meninggal Dunia Dalam Satu Kejadian Aneh
Di Kolej Zaaba, Universiti Kebangsaan Malaysia (Ukm),
Bangi, Selangor.

Pendahuluan


Memorandum Ini Bertujuan Untuk Memohon Ketegasan ‘Bertindak’ Oleh Kerajaan Negeri Selangor Untuk Memberi Pembelaan Sewajarnya Kepada Allahyarham Wan Siti Farihan Bt Mohamed Hassan, Mahasiswa UKM, Jurusan Sarjana Sains Kimia Dan Teknologi Makanan, Tahun Kedua.

Mayat Beliau Dijumpai Dalam Keadaan Mengiring Dengan Muka Lebam Dan Mulut Berdarah Di Kawasan Letak Kenderaan Blok C, Kolej Pendeta Zaaba, Ukm, Bangi Pada 23 Jun 2009 Yang Lepas. Mayat Mangsa Telah Dihantar Ke Hospital Hukm Dan Hasil Bedah Siasat Mendapati Tulang Rusuk Kiri Mangsa Patah Menyebabkan Pendarahan Dalaman (Info Dari UKM).

Berikut Adalah Ringkasan Biodata Peribadi Beliau Sebagai Rujukan Yab Tan Sri:

Nama : Wan Siti Farihan Binti Mohamed Hassan
Kpt : 860115-03-5109
No Matrik : P 48081
Umur : 23 Tahun
Fakulti : Fakulti Sains Dan Teknologi
Program : Sarjana / Tahun 2


Tuntutan

GPMS Mengambil Ketegasan Dan Inisiatif Ini Untuk Mendapatkan Pembelaan Yang Sama Ke Atas Kematian Pelajar Ukm Ini Setelah Melihat Rentetan Pembelaan Yang Tersangat Hebat Dan Berlebih-Lebihan Yang Dilakukan Oleh Y.A.B. Tan Sri Dan Kerajaan Negeri Selangor Dalam Kes Kematian Teoh Beng Hock.

Dalam Kes Adik Wan Siti Farihan Ini, Kami Mendesak Agar Pembelaan Dan Penjagaan Kebajikan Yang Setaraf Diberikan Tanpa Mengira Bangsa, Agama Dan Status Kedudukan Sebagaimana Yang Telah Diberikan Kepada Mendiang Teoh. Cadangan Pembelaan Kami Adalah Seperti Berikut:

1. Kami Dimaklumkan Bahawa Kerajaan Negeri Selangor Telah Menggunakan Wang Sebanyak Rm 200,000 Untuk Menguruskan Pengkebumian Mewah Mendiang Teoh.

Diminta Agar Kerajaan Negeri Mengeluarkan Amaun Yang Sewajarnya Untuk Membantu Keluarga Allahyarham Adik Wan Siti Farihan. Tambahan Pula Beliau Adalah Pelajar Melayu Dan Pribumi Yang Lebih Memerlukan Bantuan Berbanding Keluarga Teoh Yang Datangnya Daripada Keluarga Senang Di Negeri Melaka.

2. Kerajaan Negeri Selangor Telah Berjanji Di Dalam Akhbar Untuk Membiayai Kehidupan Bakal Tunang Mendiang Teoh Dan Anak Luar Nikah Beliau Sehingga Dewasa.

Bukankah Ini Satu Signal Daripada Kerajaan Tan Sri Yang Seolah-Olah Menyokong Dan Menggalakkan Tindakan Tidak Bermoral Itu (Mempunyai Anak Luar Nikah)?

Apakah Tindakan Membela Tunang Dan Anak Luar Nikah Mendiang Merupakan Langkah Yang Bijak Dan Dituntut Oleh Islam Sedangkan Ramai Lagi Golongan Yang Fakir, Miskin Dan Anak Yatim Yang Perlu Dibela.

Kami Meminta Agar Pembelaan Kebajikan Yang Sama Dihulurkan Kepada Keluarga Allahyarham Adik Wan Siti Farihan Memandangkan Beliau Datang Daripada Sebuah Keluarga Yang Amat Sederhana Dan Memerlukan Bantuan.

3. Kami Kagum Dengan Perjuangan Dan Pembelaan Kerajaan Negeri Selangor Terhadap Kes Kematian Anak Bangsa Cina Ini Sehingga Berjaya Mewujudkan Satu Tindakan Khas Menerusi Penubuhan Sebuah Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Punca Kematian Beliau.

Oleh Itu, Kami Berpendapat Bahawa Kerajaan Negeri Selangor Juga Mampu Bertindak Sewajarnya Terhadap Kes Kematian Mengejut Adik Wan Siti Farihan Ini. Menurut Keluarga Beliau, kes Tersebut Masih dalam siasatan, namun Tidak Ada Sebarang Perkembangan Atau Maklumat Tentang Punca Kematian Anak Mereka Walaupun Tarikh Kejadian Tersebut Telah Lama Berlalu.

4. Kami Tegaskan Sekali Lagi Bahawa Kami Juga Seperti Kerajaan Negeri Selangor Dalam Kes Teoh, Meragui Dan Mensyaki Bahawa Kemungkinan Ada Perkara Yang Telah Disembunyikan Dalam Kejadian Adik Wan Siti Farihan Terjatuh Dari Bangunan Ini.

5. Kami Difahamkan Bahawa Kerajaan Negeri Selangor Akan Memberi Pampasan Dan Gantirugi Ke Atas Keluarga Beliau Dengan Menggunakan Wang Kerajaan Negeri.

GPMS Mendesak Y.A.B. Tan Sri Memberikan Pampasan Yang Sewajarnya Kepada Adik Wan Siti Farihan Kerana Beliau Seorang Mahasiswa Yang Bijak Dan Mempunyai Masa Depan Yang Cerah.

6. GPMS Melihat Kerajaan Pimpinan Y.A.B Tan Sri Bersikap Bias Kerana Tidak Memperdulikan Masalah-Masalah Lain Yang Berkaitan Dengan Pendidikan. Pihak Kami Melihat Kerajaan Y.A.B Tan Sri Lebih Gemar Memberi Perhatian Yang Berlebih-Lebihan Terhadap Perkara Remeh Dan Boleh Mendatangkan ‘Mileage’ Kepada Kerajaan Y.A.B. Tan Sri.

Tuesday, July 28, 2009

Pelajar Melayu Jangan Terus Leka - BELAJAR TERUS BELAJAR.

Salam perjuangan buat semua warga Malaysia yang sedang mengunjungi blog GPMS Cawangan Wangsa Maju.

Buat pengetahuan semua, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju telah melakukan satu transformasi baru dengan membuka blog bagi menerang dan mendekati pelajar-pelajar Melayu khususnya melalui blog.

Di bawah kepimpinan En. Jais Abdul Karim, GPMS Wangsa Maju akan terus menyedarkan pelajar dan belia tentang perlunya kita terus berusaha keras untuk memajukan diri kita yang akan menjadi generasi pelapis di masa akan datang.

Pelajar - pelajar Melayu tidak boleh terlalu bangga dan leka dengan keistimewaan yang diberikan oleh Kerajaan kerana ianya akan bersifat sementara jika kita terus lena dibuai mimpi. Bangun, berusahalah untuk berjaya. Majukan diri anda. Kuasai ilmu yang sedang anda duduki, kerana itu sahaja bekalan kita untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Jika anda leka, jangan salahkan sesiapa apabila kita dipijak... jangan salahkan sesiapa jika kita menjadi bangsa penjajah... jangan salahkan sesiapa jika kita menjadi bangsa yang dihina. Kerana ianya berpunca dari kita.. Maka, bangkit dan terus berusaha keras..

Inilah cabaran kita. Kita tidak perlu bermusuh dengan sesiapa, samada dari bangsa Cina mahupun India. Kerana mereka adalah sahabat kita di bawah payung Malaysia. Bersaing secara sihat bersama-sama mereka. Jadikan pendidikan sebagai satu asas persaingan sihat di kalangan kita untuk memajukan diri. Umat Melayu mampu berjaya. Apa yang perlu hanya kerja keras.

Belajar Terus Belajar....

Wednesday, July 22, 2009

KAMI AKAN BERSAMA ANDA DALAM ARENA BLOG TANAH AIR ....




Nantikan kemunculan kami membarisi blogger-blogger lain dalam memperjuang dan membangkit semangat serta iltizam pelajar-pelajar Melayu untuk terus bersaing dalam arena Pendidikan Negara , tidak kira di peringkat Sekolah mahupun di IPT.

Segalanya untuk anda, Pelajar Melayu...

Belajar Terus Belajar