Friday, August 21, 2009

SALAM NUR RAMADHAN - ANAK MUDA, BERPUASALAH !!!

Pihak GPMS Cawangan Wangsa Maju mengambil kesempatan di sini mengucapkan Salam Nur Ramadhan buat semua umat Islam di Malaysia. Sememangnya kita menantikan bulan yang mulia ini. Kemeriahan di bulan Ramadhan amat kita nanti-nantikan kerana ianya adalah kunci perpaduan ummah.

Buat semua pelajar dan belia Melayu, jangan sesekali kita melanggar Rukun Islam ini. Janganlah sesekali memalukan Agama kita dengan perbuatan kita. Anak-anak muda dari Agama dan Bangsa lain akan memandang rendah kepada kita kerana kita sendiri tidak mampu melaksanakan tuntutan agama.

Kami juga menyeru semua parti-parti politik menghentikan sebarang bentuk hinaan, kutukan dan makian sesama kita kerana ianya bukan satu budaya yang baik di bulan ini. Marilah sama-sama kita memfokuskan untuk beribadah kepada Allah, meminta agar disatukan sekalian umat Islam dan elakkan dari sebarang perpecahan.

Kami berharap hari pengundian PRK Permatang Pasir pada minggu hadapan akan berlangsung secara aman tanpa sebarang insiden pergaduhan. Lakukanlah tanggungjawab dengan penuh berhemah dan aman.

Salam Nur Ramadhan ikhlas dari kami GPMS Cawangan Wangsa Maju.

2 comments:

TAAVEEKUN PERAK said...

salam ziarah dan salam perjuangan.terima kasih kerana memberi komen yg sgt positif dalam blog saya.InsyaALLAH perjuangan kita boleh disatukan dan saya akan menonjolkan blog anda untuk paparan kekawan dari dalam dan luar negeri.sekian Wasallam.

GMM said...

Salam ziarah....Ingin mengucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua warga kerja GPMS Cwgn Wangsa Maju. Semoga cemerlang amal ibadah kita semua di Ramadhan tahun ini.