Tuesday, August 25, 2009

PAS MENANG PERMATANG PASIR - ADAKAH ISLAM AKAN TERBELA DI PENANG?

PAS mengekalkan kemenangan di Permatang Pasir. Itu yang kedengaran di seluruh Malaysia malam tadi. GPMS mengucapkan tahniah buat PAS atas kemenangan mereka dan berharap BN pimpinan UMNO tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan anda di bawah kepimpinan Dato' Sri Najib Tun Razak.

Apa yang diharapkan dari pihak GPMS Cawangan Wangsa Maju, janji PAS yang telah dipegang sejak dahulu lagi iaitu untuk mendaulatkan Syiar Islam dalam pemerintahan. akan dapat dilaksanakan dengan penuh berhemah. Inilah pegangan anda sejak dahulu. Oleh itu, aplikasi pendirian anda di Pulau Pinang kerana anda kini bersama Barisan rakan-rakan seperjuangan anda iaitu DAP sebagai parti dominan di Pulau Pinang dan PKR.

Kami agak kecewa kerana banyak isu berkenaan dengan Islam di Negeri-Negeri yang diperintah Pakatan tidak dibela dengan sewajarnya dari pihak PAS. Ini akan memberi kesan kepada masyarakat yang meletakkan harapan yang tinggi kepada anda sewaktu PRU12 dahulu.

PAS, Parti Islam SeMalaysia. Jangan pula Datuk Nik Abdul Aziz sahaja yang mencanang satu dunia tentang perjuangan Islam, tapi anak-anak buahnya buat endah tak endah kerana agenda politik peribadi masing-masing. Jangan hanya Islam pada nama, tapi tiada bezanya dari struktur kepimpinan. Jika anda kata parti anda lebih menekankan Islam sebagai perjuangan syahid anda, buktikan. Sungguhpun anda bersama sebuah parti yang agak panas mendengar tentang perjuangan Islam, iaitu DAP, jangan biarkan ianya hanya tinggal nama.

GPMS Cawangan Wangsa Maju sentiasa menyokong sebarang usul atau perjuangan yang membela Agama, Bangsa dan Negara tidak kira dari kalangan PAS atau UMNO atau mana-mana badan. Tetapi jika ianya tidak dibuktikan melalui perlaksanaan, jika ianya hanya sekadar slogan, jika ianya digunakan untuk kepentingan peribadi, ia perlu dinyahkan serta merta. Inilah pendirian kami.

2 comments:

kelambuharimau said...

aku rakyat pahang murka jika GPMS sokong pakatan pembangkang..jangan dok menghasut

GPMS Cawangan Wangsa Maju said...

Kami dari pihak GPMS bukan hendak menghasut atau menyokong mana2 pihak.

Kami menghargai segala penghargaan dan perjuangan yang tlh dicurahkan UMNO dalam mendaulatkan Agama, Bangsa dan Negara..

Kami hanya mendesak PAS agar tidak bercakap soal agama hanya sekadar dari mulut mereka. Kami mendesak PAS melaksanakan segala usaha dan perjuangan yang kononnya mereka perjuangkan sejak dahulu.

Inilah maksud di sebalik artikel ini. Mereka tlh perolehi kemenangan di beberapa Negeri. Kami sebagai sebuah Badan NGO akan terus mendesak PAS untuk melaksanakan tuntutan mereka.

Kita mahu lihat sejauh mana PAS mampu menyahut cabaran kami...

Buat Kelambuharimau dan rakan2 perjuangan yang lain, Saya Ketua Editor Blog mewakili barisan pimpinan GPMS Wangsa Maju memohon maaf jika artikel ini mengguris hati mana2 pihak..

Sekian, Yang menjalankan amanah,

MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS CAWANGAN WANGSA MAJU