Wednesday, August 5, 2009

DEMONSTRASI HARAM - PELAJAR BAWAH UMUR DAKWA DIUPAH TANPA PENGETAHUAN IBU BAPA

Pihak GPMS Cawangan Wangsa Maju diberitahu bahawa terdapat pelajar sekolah terlibat dalam demonstrasi haram ini. Antara yang terlibat adalah Muhamad Azreen.

Menurut bapanya anaknya, 15 tahun, diperguna untuk menyertai demonstrasi membantah akta ISA pada Sabtu lepas dengan memberi baju merah "untuk menjaga keselamatan." Abdul Aziz Ibrahim, 45, mendakwa anaknya Muhamad Azreen dibawa oleh penganjur dari sebuah parti pembangkang tanpa kebenarannya, lapor Bernama petang ini.

Bagaimanapun, Abdul Aziz dipetik berkata, anaknya dan 25 lagi peserta yang mengikuti rombongan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung, Selangor pada 6 pagi Sabtu lepas. "Anak saya cedera di bahagian mata kanan dan mulut. Pihak penganjur bersikap lepas tangan selepas kejadian itu," katanya kepada pemberita di rumahnya di Butterworth.

Muhamad Azreen - dan mereka yang tercedera - dirawat di Hospital Sungai Buloh dihantar pulang ke rumahnya di Permatang Rawa, pagi Ahad lepas. "Semalam wakil penganjur bawa anak saya ke hospital di sini tetapi hari ini kami terpaksa membawa Azreen sendiri ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," Abdul Aziz dipetik berkata. Tambahnya, beliau tidak pernah memberi kebenaran untuk anaknya menyertai sebuah unit dalam parti pembangkang itu atau untuk menyertai demonstrasi itu.

Agensi berita itu tidak menyebut unit terserbut dan parti pembangkang yang dimaksudkan tetapi beliau dipercayai merujuk Unit Amal PAS yang memakai baju merah pada hari demonstrasi, 1 Ogos lalu. Muhamad Azreen pula berkata 20 daripada peserta rombongan yang terdiri pelbagai lapisan umur itu adalah penduduk kampung dan enam lagi merupakan orang luar. "Saya bayar RM35 untuk mengikuti rombongan itu dan saya diberitahu oleh penganjur bahawa kami pergi untuk menjaga keselamatan dan kami diberi sehelai baju berwarna merah untuk dipakai," katanya, seorang pelajar SM Permatang Rawa.

Beliau, yang menyertai unit itu sejak tiga tahun lepas, berkata dua peserta rombongan itu mengalami kecederaan teruk dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh. ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah, yang melawat Muhamad Azreen di rumahnya, menasihati ibu bapa membuat laporan polis jika mendapati anak mereka dipergunakan untuk tujuan demonstarsi itu.

Diminta mengulas dakwaan ini, Pemuda PAS menyatakan ia akan menyiasat sebelum mengeluarkan kenyataan. Dewan itu juga menegaskan keanggota Unit Amal Pemuda PAS, yang melibatkan remaja, adalah sukarela, termasuk tiada paksaan untuk menyertai perhimpunan anti-ISA.

GPMS Cawangan Wangsa Maju berharap pihak polis akan menyiasat dakwaan bahawa pelajar sekolah diupah untuk menyertai demonstrasi haram ini. Pelajar sekolah tidak sewajarnya didedahkan dengan elemen-elemen sebegini. Mereka sepatutnya diberi peransang dan dorongan untuk belajar dengan tekun demi memajukan diri.

Kami dari pihak GPMS Cawangan Wangsa Maju mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini. Polis, sila siasat....


3 comments:

jentayuabaka said...

Teruskan perjuangan GPMS, kita sokong GPMS. Mengikut sejarah, Gapena, GPMS adalah antara persatuan yang mula2 mencadangkan UMNO menyeberang ke Sabah pada awal 1960 selepas mendapat jemputan Tun Mustapha.

Percubaan ke2 pada pertengahan 1985, GPMS juga ada membantu.

Hanya 1990, baru UMNO berjaya melebarkan sayap ke Sabah selepas USNO yang menjaga bumiputera Isolam dan agama Islam di sana sukar menghadapi kekuatan pembangkang.

Teruskan perjuangan dalam apa jua wacana...

auzzi said...

apa spam blog org nih kawan.

cari jalan mulia lah.

Anonymous said...

hidup strreet demo! mati isa!

mati spammer!