Tuesday, August 4, 2009

DEMONSTRASI HARAM - ANAK MUDA, APA YANG KAMU DAPAT?

Sabtu lepas berlakunya demonstrasi haram anjuran Gerakan Mansuhkan ISA yang dimonopoli parti pembangkang. Crew Editor Blog GPMS Cawangan Wangsa Maju sempat melihat situasi di sekitar Kuala Lumpur kerana kebetulan kami sedang membeli barang-barang persiapan untuk program Bual Bicara : Remaja Dan Masa Depan anjuran GPMS Cawangan Wangsa Maju dengan kerjasama Biro Rakan Muda Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas yang berlangsung pada Ahad lepas (laporan penuh pada hari esok).

Kami juga sempat melihat reaksi anak-anak muda yang terlibat dalam demonstrasi ini. Ada yang menjadi sukarelawan kononnya ingin memastikan demonstrasi haram ini berjalan dengan lancar. Tetapi, mereka pula yang bertindak ekstrim. Adakah ianya berpunca dari pihak polis dan FRU? Bagi kami, pihak polis dan FRU hanya menjalankan tugas. Pihak polis sendiri telah mengarahkan mereka bersurai. Tetapi, kedegilan mereka telah memaksa polis dan FRU bertindak dengan melepaskan gas pemedih mata. Adakah ianya berpunca dari pihak polis?

Nasihat GPMS Cawangan Wangsa Maju, hentikanlah demonstrasi haram. Dapatkan permit dari pihak polis terlebih dahulu. Cari tempat yang lebih sesuai untuk berkumpul, Insyaallah pihak polis akan luluskan. Ini tempat awam. Jangan ganggu peniaga dan orang ramai dek kerana keinginan kamu untuk menghentam kerajaan.

Jangan mudah teperdaya dengan pengaruh orang-orang tertentu. Berfikir sebelum melaksanakan sebarang keputusan. Orang-orang ini mengarahkan kita berkumpul? Untuk apa? Mansuh ISA? Tapi adakah lokasi perhimpunan ini kena pada tempatnya? Adakah kamu tidak terfikir nasib peniaga-peniaga dan orang ramai yang tidak terlibat turut menjadi mangsa? Adakah anda tidak terfikir tentang masa depan anda jika terlibat dengan demonstrasi yang tidak mendapat permit dari pihak polis? Ianya satu aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

Anak-anak muda tidak sewajarnya terlibat dengan satu demonstrasi yang tidak mendapat permit dari pihak polis terutamanya dari kalangan mahasiswa IPT. Kami tidak kisah jika anda ingin bercakap soal kebebasan bersuara tetapi biarkan ianya kena pada lokasinya. Ini di tempat awam, tempat aktiviti-aktiviti perniagaan. Sudah tentu permit ini tidak diluluskan.

Ingatlah. Ini bukannya soal ISA atau apa-apa akta di bawah perlembagaan negara. Ini soal maruah dan masa depan anak-anak muda seperti kita. Janganlah sia-siakan masa depan anda dengan menyertai demonstrasi haram. Ini satu budaya yang tidak sihat. Hentikan semua ini. Kita boleh bersuara kerana ini negara demokrasi. Tetapi gunakanlah saluran yang betul dan lebih profesional. Demonstasi, tidak salah. Tetapi pastikan kena pada lokasinya dan mendapat permit dari pihak polis. Jangan buat di tempat awam. Itu sahaja.

1 comment:

kopiah_alrazi said...

Salam perjuangan,

Terima kasih kepada GPMS cawangan Wangsa Maju di atas kesudian menjenguk ke blog saya iaitu KOPIAH CORNER yang tak seberapa itu.

InsyaAllah, saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kalian jika perlukan bantuan untuk mencapai aspirasi dan matlamat pendidikan Negara. Jangan segan-segan untuk meminta bantuan saya, saya sedia membantu.

Salam kasih juga kepada Yang Dipertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En.Jais Abdul Karim di atas keprihatinan beliau. Juga dengan rasa rendah dirinya saya berterima kasih kerana senaraikan blog KOPIAH CORNER ini sebagai antara blog pilihan.

Kepada En.Muhammad Radhi Abdul Razak, janganlah segan-segan untuk berkunjung KOPIAH CORNER lagi ek. Moga Ukhwah yang terjalin akan berkekalan, Amiin.

http://kopiahhensem.blogspot.com/