Wednesday, September 9, 2009

REEZAL MERICAN UNDUR DIRI - SIAPA BAKAL PRESIDEN GPMS BARU?

Kelmarin Presiden GPMS Kebangsaan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan secara rasmi tidak akan mempertahankan jawatan yang dipegang beliau kini. Berita ini juga menamatkan spekulasi yang timbul sebelum ini yang diuar-uarkan warga GPMS.

GPMS Cawangan Wangsa Maju menerima dan menyokong sebarang keputusan dari pihak Datuk Seri. Tidak dapat dinafikan, beliau telah menaikkan semangat baru buat kesemua warga GPMS sepanjang memegang jawatan ini.

Namun persoalan yang timbul, siapakah Presiden GPMS yang baru? Sehingga kini tiada sebarang pengumuman atau kenyataan dari mana-mana pihak terutamanya dari barisan AMT yang akan bertanding bagi jawatan ini.

Bagi pihak GPMS Cawangan Wangsa Maju, siapapun Presiden kami, itu bukan persoalannya. Apa yang diharapkan, bakal Presiden baru ini mampu memberi khidmat dan komitmen sepenuhnya kepada warga GPMS. Seorang Presiden juga harus turun padang bagi memberi semangat dan inspirasi buat warga GPMS untuk terus berjuang memperkasa generasi muda Melayu.

Jiwa seorang pemimpin seperti Ayahanda Aminuddin Baki wajar dijadikan contoh. Beliau tidak pernah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk mengangkat darjat anak-anak Melayu.

Inilah jiwa seorang pemimpin GPMS. Kalimah 4 SEDAR menjadi nadi perjuangan, Agama, Bangsa dan Negara terus diperjuang hingga hujung nyawa. Kita tunggu, siapa yang bakal bertanding untuk jawatan tertinggi ini.

7 comments:

Anonymous said...

Dulu ketika berebut jawatan ni bukan main nk ghak lg. Alih2 skg tak pasal2 nk undur pulak. Apa halnya? Tak berjaya nk jadikan jawatan ni sebagai batu loncatan ke? Saje2 tanya!

Cicit Aminudin Baki said...

Calon-calon favorite: YB Dato Sahfri Abd Aziz, Jais Karim , Rosdi Amir dan Khairudin Md Zain.
Sudden candidate : Irmohizam Ibrahim, Armizan Ali, Ahmad Nazim Abd Rahman, YB Norol Azali Sulaiman, Hj Anas (proksi Dato Suhaimi)
Pokok pangkalnya Dato Sri RM just nak test market samada masih laku @ sebaliknya, anyway if he really sincere nak tinggalkan GPMS, kita kenalah hormati pendiriannya.

Pemburu Syahid said...

Jais Abd Karim? Hopefully not !! Dia kaki kencing. Kalau tak percaya, pi tanya penduduk Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasek Selatan tempat si Jais nih tinggal.

Semua penduduk akan cakap si Jais nih kaki temberang. Idea mcm mcm. Janji mcm mcm. Tak pasal pasal ada Ustaz dok kena cuci taik yang si Jais nih tinggal.

Siap fitnah kata penduduk kat sana murtad lagi. Penduduk sana masih ingat semua tu.

ketua pemuda umno shah alam said...

Salam ziarah...
sudilah kiranya melayari blog saya
http://kpubsa.blogspot.com/

Warga GPMS said...

En. Jais Abdul Karim banyak berjasa pada GPMS... Inilah pemimpin yang sewajarnya berada di dalam barisan kepimpinan GPMS Kebangsaan.

SaKa AdiWangsa said...

Denai perjuangan baru GPMS di bwh teraju DS Reezal wajar diperakui memberi nafas baru (rejuvanate) kpd pertubuhan keramat ini, sudah barang tentu pernah umpah air mata, pernah berlalu rasa kecewa, pernah hadir rasa gembira, pernah tampil rasa kekeluargaan yang unggul di sepanjang tempoh pemerintahannya merentasi fasa pemulihan, pemerkasaan dan lonjakan.
Cuma dalam hal ini, DSRM perlu memikirkan "jemaah GPMS" merentasi kepentingan2 lain, perjuangan masih belum selesai dan perlu dihadapi bersama ibarat cangkat sama didaki, lurah sama dituruni.....

noorbaizura mazlan said...

salam semua

silalah layari laman web ini http://ads4bucks-baizura1989.blogspot.com untuk ketahui rahsia jana pendapatan sehingga rm500 sehari!