Monday, August 17, 2009

PRK Permatang Pasir - JANGAN BIADAP KETIKA BERKEMPEN

GPMS Cawangan Wangsa Maju ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan Salam Berkempen buat 2 parti yang bertanding di DUN Permatang Pasir iaitu PAS dan BN. Pertembungan 2 parti yang mewakili kaum Islam dan Melayu ini di harap akan berkempen secara berhemah dan tidak melakukan sebarang masalah.

Apa yang berlaku pada sesi Penamaan Calon pada pagi tadi amat dikesali. MT PKR, N.Gobalakrishnan bertindak menimbulkan kekecohan menyebabkan pihak polis terpaksa mengambil tindakan. Insiden inilah yang amat dikesali kami setiap kali berlakunya pilihanraya kecil.

Kami juga menasihati para pelajar IPT agar tidak mengambil bahagian dalam mana-mana kempen atau perhimpunan tanpa permit dari pihak polis. Anda perlu ingat, masa depan anda adalah lebih penting. Pastikan anda tidak terlibat dalam mana-mana perhimpunan sebegini.

Salam berkempen..

1 comment:

Wan Chel said...

gunakan saluran yang betul...
hapuskan rasuah, pak turut dan sebagainya...
barulah anak bangsa kita boleh maju...


jom g studentofteka.blogspot.com