Thursday, July 30, 2009

MEMORANDUM GPMS BUAT KERAJAAN SELANGOR 'NAIK PANAS' !!!

Pada 29 Julai 2009, GPMS Kebangsaan diketuai oleh Naib Presiden GPMS yang juga merupakan YDP GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berikut merupakan antara memorandum yang disuarakan : -

Tarikh:
29 Julai 2009

Kepada:
Yang Amat Berhormat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

Daripada:
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)


Memohon Pembelaan Sewajarnya Ke Atas Kes
Allahyarham Adik Wan Siti Farihan Bt Mohamed Hassan,
Yang Meninggal Dunia Dalam Satu Kejadian Aneh
Di Kolej Zaaba, Universiti Kebangsaan Malaysia (Ukm),
Bangi, Selangor.

Pendahuluan


Memorandum Ini Bertujuan Untuk Memohon Ketegasan ‘Bertindak’ Oleh Kerajaan Negeri Selangor Untuk Memberi Pembelaan Sewajarnya Kepada Allahyarham Wan Siti Farihan Bt Mohamed Hassan, Mahasiswa UKM, Jurusan Sarjana Sains Kimia Dan Teknologi Makanan, Tahun Kedua.

Mayat Beliau Dijumpai Dalam Keadaan Mengiring Dengan Muka Lebam Dan Mulut Berdarah Di Kawasan Letak Kenderaan Blok C, Kolej Pendeta Zaaba, Ukm, Bangi Pada 23 Jun 2009 Yang Lepas. Mayat Mangsa Telah Dihantar Ke Hospital Hukm Dan Hasil Bedah Siasat Mendapati Tulang Rusuk Kiri Mangsa Patah Menyebabkan Pendarahan Dalaman (Info Dari UKM).

Berikut Adalah Ringkasan Biodata Peribadi Beliau Sebagai Rujukan Yab Tan Sri:

Nama : Wan Siti Farihan Binti Mohamed Hassan
Kpt : 860115-03-5109
No Matrik : P 48081
Umur : 23 Tahun
Fakulti : Fakulti Sains Dan Teknologi
Program : Sarjana / Tahun 2


Tuntutan

GPMS Mengambil Ketegasan Dan Inisiatif Ini Untuk Mendapatkan Pembelaan Yang Sama Ke Atas Kematian Pelajar Ukm Ini Setelah Melihat Rentetan Pembelaan Yang Tersangat Hebat Dan Berlebih-Lebihan Yang Dilakukan Oleh Y.A.B. Tan Sri Dan Kerajaan Negeri Selangor Dalam Kes Kematian Teoh Beng Hock.

Dalam Kes Adik Wan Siti Farihan Ini, Kami Mendesak Agar Pembelaan Dan Penjagaan Kebajikan Yang Setaraf Diberikan Tanpa Mengira Bangsa, Agama Dan Status Kedudukan Sebagaimana Yang Telah Diberikan Kepada Mendiang Teoh. Cadangan Pembelaan Kami Adalah Seperti Berikut:

1. Kami Dimaklumkan Bahawa Kerajaan Negeri Selangor Telah Menggunakan Wang Sebanyak Rm 200,000 Untuk Menguruskan Pengkebumian Mewah Mendiang Teoh.

Diminta Agar Kerajaan Negeri Mengeluarkan Amaun Yang Sewajarnya Untuk Membantu Keluarga Allahyarham Adik Wan Siti Farihan. Tambahan Pula Beliau Adalah Pelajar Melayu Dan Pribumi Yang Lebih Memerlukan Bantuan Berbanding Keluarga Teoh Yang Datangnya Daripada Keluarga Senang Di Negeri Melaka.

2. Kerajaan Negeri Selangor Telah Berjanji Di Dalam Akhbar Untuk Membiayai Kehidupan Bakal Tunang Mendiang Teoh Dan Anak Luar Nikah Beliau Sehingga Dewasa.

Bukankah Ini Satu Signal Daripada Kerajaan Tan Sri Yang Seolah-Olah Menyokong Dan Menggalakkan Tindakan Tidak Bermoral Itu (Mempunyai Anak Luar Nikah)?

Apakah Tindakan Membela Tunang Dan Anak Luar Nikah Mendiang Merupakan Langkah Yang Bijak Dan Dituntut Oleh Islam Sedangkan Ramai Lagi Golongan Yang Fakir, Miskin Dan Anak Yatim Yang Perlu Dibela.

Kami Meminta Agar Pembelaan Kebajikan Yang Sama Dihulurkan Kepada Keluarga Allahyarham Adik Wan Siti Farihan Memandangkan Beliau Datang Daripada Sebuah Keluarga Yang Amat Sederhana Dan Memerlukan Bantuan.

3. Kami Kagum Dengan Perjuangan Dan Pembelaan Kerajaan Negeri Selangor Terhadap Kes Kematian Anak Bangsa Cina Ini Sehingga Berjaya Mewujudkan Satu Tindakan Khas Menerusi Penubuhan Sebuah Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Punca Kematian Beliau.

Oleh Itu, Kami Berpendapat Bahawa Kerajaan Negeri Selangor Juga Mampu Bertindak Sewajarnya Terhadap Kes Kematian Mengejut Adik Wan Siti Farihan Ini. Menurut Keluarga Beliau, kes Tersebut Masih dalam siasatan, namun Tidak Ada Sebarang Perkembangan Atau Maklumat Tentang Punca Kematian Anak Mereka Walaupun Tarikh Kejadian Tersebut Telah Lama Berlalu.

4. Kami Tegaskan Sekali Lagi Bahawa Kami Juga Seperti Kerajaan Negeri Selangor Dalam Kes Teoh, Meragui Dan Mensyaki Bahawa Kemungkinan Ada Perkara Yang Telah Disembunyikan Dalam Kejadian Adik Wan Siti Farihan Terjatuh Dari Bangunan Ini.

5. Kami Difahamkan Bahawa Kerajaan Negeri Selangor Akan Memberi Pampasan Dan Gantirugi Ke Atas Keluarga Beliau Dengan Menggunakan Wang Kerajaan Negeri.

GPMS Mendesak Y.A.B. Tan Sri Memberikan Pampasan Yang Sewajarnya Kepada Adik Wan Siti Farihan Kerana Beliau Seorang Mahasiswa Yang Bijak Dan Mempunyai Masa Depan Yang Cerah.

6. GPMS Melihat Kerajaan Pimpinan Y.A.B Tan Sri Bersikap Bias Kerana Tidak Memperdulikan Masalah-Masalah Lain Yang Berkaitan Dengan Pendidikan. Pihak Kami Melihat Kerajaan Y.A.B Tan Sri Lebih Gemar Memberi Perhatian Yang Berlebih-Lebihan Terhadap Perkara Remeh Dan Boleh Mendatangkan ‘Mileage’ Kepada Kerajaan Y.A.B. Tan Sri.

7 comments:

megat said...

Salam Ziarah,
blog saudara di linkkan kepada blog Pisau.net

tahniah buat GPMS kerana mengambil inisiatif menyerahkan memorandom berkenanan tragedi menimpa allayarham Wan Siti Farihan,nasib malang menimpa adalah berbangsa melayu,langsung tiada pembelaan,jika ini terjadi kepada anak bukan melayu yang pastinya akan mendapat liputan meluas di media dan desakan pelbagai macam suruhanjaya akan laungkan.Mana ada pemimpin politik melayu yang kononnya juara "rakyat"? mana nizar?mana dr lo lo?

Abas said...

Salam..

Tahniah dan semoga sukses selalu.Teruskan perjuangan kerana masa depan agama, bangsa dan negara terletak di tangan anda semua sebagai pelapis masa depan.

Anonymous said...

Tahniah kepada GPMS atas inisiatif ini. Semoga perjuangan ini mancapai matlamatnya.

KerisKontot said...

nampaknya GPMS kurang memahami isu Allahyarhamah Wan Siti Farihan dan TBH. Diharap GPMS jangan bermain politik dan perkauman dalam isu ini.Kerap kali pembangkang dituduh mempolitikkan isu kematian TBH.

Dalam kes pertama, Arwah Wan Siti dijumpai mati diasrama UKM. Motifnya tidak diketahui. Dan pihak polis sudah dan sedang menyiasat.

Manakala dalam isu TBH beliau mati ketika hadir ke pejabat SPRM dan sedang disoal siasat. Maknanya ada motif kerana ianya melibatkan sebuah agensi yg sepatutnya menjaga keamanan. Bukan soal dia melayu atau cina. kalau Siti Wan yang jatuh selepas soal siasat SPRM isunya tetap akan sama dengan kes TBH. Dan kalau TBH jatuh dari hostel UKM isunya tidak akan terjadi seperti hari ini. Contohnya beberapa hari lalu ada seorang lelaki cina jatuh dari sebuah pangsapuri dan kepalanya meletup tidak pun menjadi isu. Ini bukti bahawa bukan soal kaum.

Saya harap GPMS meletakkan akal setaraf dengan nama pertubuhan bukan seperti orang yang tidak berpelajaran.

Al Fatihah buat Allahyarhamah Siti Wan Farihan.

Ahli GPMS said...

Inilah masalah orang seperti 'Keris Kontot'. Apabila kita datang membela Arwah, dikata kita mempolitikkannya walhal GPMS bukan badan politik.

Nanti dikata pula kita ni klon UMNO lah, kambing hitam UMNO lah, macam2 la..

Tidak semua ahli GPMS dari kalangan ahli UMNO. Ada juga dari kalangan ahli PAS dan PKR.. Tak percaya? Kami blh bg rekod.

Malah Timbalan Presiden PKR juga merupakan bekas Setiausaha GPMS Kebangsaan.

GPMS bebas memberi ruang kepada ahli untuk memilih parti politik yang sealiran dengan jiwa mereka. Namun, GPMS tetap GPMS.. Membela golongan Pelajar dan Belia Melayu.. Memberi peluang untuk Pelajar dan Belia Melayu untuk mengungkil pengalaman dalam Kepimpinan...



Jangan memfitnah kami..

Geng GPMS Wangsa Maju said...

keris kontot

saya amat kesal dengan ulasan anda..kalau anda tahu apa itu mukadimah GPMS yang termaktub ttg 4 sedar maka anda akan faham..

saya tak mahu salahkan keris kontot sbab kekontotan anda menyebabkan anda tak tahu perjuangan sebenar GPMS tetapi jgn sesekali melabelkan kami ini seperti badan politik lain..

saya syorkan GPMS Wangsa Maju keluarkan tentang mukadimah GPMS..supaya mereka faham

Anonymous said...

Betul keluarkan mukadimmah GPMS supaya "kita" semua faham....Apa itu PERJUANGAN GPMS.....