Thursday, August 20, 2009

RAKAN MUDA KE LUAR NEGARA - REMAJA WAJAR SERTAI NGO'S.

Kementerian Belia dan Sukan bercadang mengembangkan program Rakan Muda ke luar negara supaya pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana dapat bergiat dalam kegiatan sukarela, kata menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden di Putrajaya, Rabu, Shabery berkata, usaha juga akan dibuat bagi menggalakkan pelajar-pelajar Malaysia di universiti luar negara menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan sukarela dan juga bergiat dalam kegiatan kemasyarakatan.

"Saya mahu remaja dan belia, terutama pelajar Malaysia di luar negara membawa nama Malaysia di mana-mana mereka berada. Mereka harus mendampingi masyarakat setempat di negara tempat mereka belajar," katanya sambil menyebut Indonesia, Mesir, Britain dan Amerika bakal menjadi destinasi pertama.

Shabery, yang juga Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu mencampuradukkan program Rakan Muda dengan program UMNO.

"Saya perhatikan ramai pelajar kita di luar negara lebih suka berkumpul sesama sendiri. Amalan ini tidak begitu sihat. Saya baru pulang dari Indonesia dan sempat menemui pelajar-pelajar kita di sana. Saya menggalakkan mereka menyertai pertubuhan sukarela dan NGO tempatan yang diiktiraf supaya mereka dapat bergaul dan menyumbang kepada masyarakat tempatan.

"Cara ini bukan sahaja dapat membantu mereka menimba pengalaman, tetapi juga menjadi golongan yang mengambil berat dan berbudi pekerti," katanya.

Larian Ekiden yang akan berlangsung di Putrajaya pada 4 Oktober depan akan disertai oleh 300 peserta. Ia dianjurkan bersama oleh Yayasan Belia Antrabangsa (IYC), Yayasan Jepun Kuala Lumpur dan Persatuan Alumni Dasar Pandang Ke Timur (ALEPS).

GPMS Cawangan Wangsa Maju sentiasa membuka ruang kepada golongan muda Melayu khasnya untuk menyertai Badan ini. Insyaallah, kami sedang menambah keahlian di kawasan Wangsa Maju dan kepada sesiapa yang berminat, boleh menghubungi saya di talian 013 3264099.

(Sumber : Agendadaily)

Justify Full

3 comments:

Arif Omar said...

SELAMAT BERJUANG. KAMI YANG TUA INI DAH TAK LAMA HIDUPNYA ( 49 TAHUN ) . KAMI JUGA TIDAK DIUPAH OLEH MANA-MANA PIHAK. JUGA TIDAK DIPENGARUHI OLEH MANA-MANA PIHAK. TETAPI SAYA DOKONG KERAJAAN YANG DIPILEH OLEH RAKYAT SECARA SAH DEMI KRELANGSUNGAN HIDUP BANGSA DAN AGAMA KITA SEMUA. JANGAN MUDAH LUPA DAN JANGAN MUDAH KECEWA DALAM PERJUANGAN DAN JANGAN MEMINTA BALASAN. SEPERTI PAK CIK JUGA, HANYA MAHU ANAK-ANAK BANGSA KAMI MAJU DAN SELAMAT. PAK CIK CAGAR KERJA DAN MASA DEPAN PAK CIK DENGAN BERBLOGGER DEMI NEGARA TERCINTA. INI JE YANG MAMPU UNTUK PAK CIK CURAHKAN UNTUK ANAK BANGSA. SELAMAT BERJUANG.

Senjaliza said...

GPMS wangsa Maju.

Permintaan and sudah saya laksanakan. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, dan Selamat menunaikan ibadah Puasa. InsyahAllah.
Wassalam.

Lebai Mangkuk said...

YAB DSNTR sebagai Perdana Menteri Malaysia harus segera bertindak menghapuskan petualang2 negara yang sedang bermaharajalela. Petualang2 negara ini sudah menjadi terlampau biadap dan berani bertindak ikut suka hati mereka.

Saban hari mereka menabur fitnah dan mem buruk2 kan kerajaan yang memerintah. Terutamanya di lama2 blog yang pro Pakatan Rakyat. Ceramah2 yang mereka anjurkan juga telah banyak menghasut rakyat membenci kerajaan. Perbuatan mereka ini sudah melampaui batas. Jika tidak dibendung dengan segera, keselamatan negara akan terancam.

Perdana Menteri sepatutnya tidak membiarkan ianya terus berlarutan sehingga ketahap yang tidak boleh dikawal lagi. Ini akan menjadikan negara jadi huru-hara dan kacau-bilau. Yang mendapat susah ialah rakyat jelata yang tidak berdosa.

Tindakan utama yang patut di buat oleh kerajaan ialah 'mengharamkan ceramah2 politik', keduanya mengawasi blog yang anti-kerajaan. Mereka yang bertanggung-jawab mesti dihukum mengikut undang2 ISA kerana mengancam keselamatan negara.

Segeralah bertindak sebelum terlambat.