Berikut merupakan antara memorandum yang disuarakan : -
Tarikh:
29 Julai 2009
Kepada:
Yang Amat Berhormat Tan Sri Abdul Khalid IbrahimMenteri Besar Selangor
Daripada:
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Memohon Pembelaan Sewajarnya Ke Atas Kes
Allahyarham Adik Wan Siti Farihan Bt Mohamed Hassan,
Yang Meninggal Dunia Dalam Satu Kejadian Aneh
Di Kolej Zaaba, Universiti Kebangsaan Malaysia (Ukm),
Bangi, Selangor.
PendahuluanMemorandum Ini Bertujuan Untuk Memohon Ketegasan ‘Bertindak’ Oleh Kerajaan Negeri Selangor Untuk Memberi Pembelaan Sewajarnya Kepada Allahyarham Wan Siti Farihan Bt Mohamed Hassan, Mahasiswa UKM, Jurusan Sarjana Sains Kimia Dan Teknologi Makanan, Tahun Kedua.
Mayat Beliau Dijumpai Dalam Keadaan Mengiring Dengan Muka Lebam Dan Mulut Berdarah Di Kawasan Letak Kenderaan Blok C, Kolej Pendeta Zaaba, Ukm, Bangi Pada 23 Jun 2009 Yang Lepas. Mayat Mangsa Telah Dihantar Ke Hospital Hukm Dan Hasil Bedah Siasat Mendapati Tulang Rusuk Kiri Mangsa Patah Menyebabkan Pendarahan Dalaman (Info Dari UKM).
Berikut Adalah Ringkasan Biodata Peribadi Beliau Sebagai Rujukan Yab Tan Sri:
Nama : Wan Siti Farihan Binti Mohamed Hassan
Kpt : 860115-03-5109
No Matrik : P 48081
Umur : 23 Tahun
Fakulti : Fakulti Sains Dan Teknologi
Program : Sarjana / Tahun 2
TuntutanGPMS Mengambil Ketegasan Dan Inisiatif Ini Untuk Mendapatkan Pembelaan Yang Sama Ke Atas Kematian Pelajar Ukm Ini Setelah Melihat Rentetan Pembelaan Yang Tersangat Hebat Dan Berlebih-Lebihan Yang Dilakukan Oleh Y.A.B. Tan Sri Dan Kerajaan Negeri Selangor Dalam Kes Kematian Teoh Beng Hock.
Dalam Kes Adik Wan Siti Farihan Ini, Kami Mendesak Agar Pembelaan Dan Penjagaan Kebajikan Yang Setaraf Diberikan Tanpa Mengira Bangsa, Agama Dan Status Kedudukan Sebagaimana Yang Telah Diberikan Kepada Mendiang Teoh. Cadangan Pembelaan Kami Adalah Seperti Berikut:
1. Kami Dimaklumkan Bahawa Kerajaan Negeri Selangor Telah Menggunakan Wang Sebanyak Rm 200,000 Untuk Menguruskan Pengkebumian Mewah Mendiang Teoh.
Diminta Agar Kerajaan Negeri Mengeluarkan Amaun Yang Sewajarnya Untuk Membantu Keluarga Allahyarham Adik Wan Siti Farihan. Tambahan Pula Beliau Adalah Pelajar Melayu Dan Pribumi Yang Lebih Memerlukan Bantuan Berbanding Keluarga Teoh Yang Datangnya Daripada Keluarga Senang Di Negeri Melaka.
2. Kerajaan Negeri Selangor Telah Berjanji Di Dalam Akhbar Untuk Membiayai Kehidupan Bakal Tunang Mendiang Teoh Dan Anak Luar Nikah Beliau Sehingga Dewasa.
Bukankah Ini Satu Signal Daripada Kerajaan Tan Sri Yang Seolah-Olah Menyokong Dan Menggalakkan Tindakan Tidak Bermoral Itu (Mempunyai Anak Luar Nikah)?
Apakah Tindakan Membela Tunang Dan Anak Luar Nikah Mendiang Merupakan Langkah Yang Bijak Dan Dituntut Oleh Islam Sedangkan Ramai Lagi Golongan Yang Fakir, Miskin Dan Anak Yatim Yang Perlu Dibela.
Kami Meminta Agar Pembelaan Kebajikan Yang Sama Dihulurkan Kepada Keluarga Allahyarham Adik Wan Siti Farihan Memandangkan Beliau Datang Daripada Sebuah Keluarga Yang Amat Sederhana Dan Memerlukan Bantuan.
3. Kami Kagum Dengan Perjuangan Dan Pembelaan Kerajaan Negeri Selangor Terhadap Kes Kematian Anak Bangsa Cina Ini Sehingga Berjaya Mewujudkan Satu Tindakan Khas Menerusi Penubuhan Sebuah Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Punca Kematian Beliau.
Oleh Itu, Kami Berpendapat Bahawa Kerajaan Negeri Selangor Juga Mampu Bertindak Sewajarnya Terhadap Kes Kematian Mengejut Adik Wan Siti Farihan Ini. Menurut Keluarga Beliau, kes Tersebut Masih dalam siasatan, namun Tidak Ada Sebarang Perkembangan Atau Maklumat Tentang Punca Kematian Anak Mereka Walaupun Tarikh Kejadian Tersebut Telah Lama Berlalu.
4. Kami Tegaskan Sekali Lagi Bahawa Kami Juga Seperti Kerajaan Negeri Selangor Dalam Kes Teoh, Meragui Dan Mensyaki Bahawa Kemungkinan Ada Perkara Yang Telah Disembunyikan Dalam Kejadian Adik Wan Siti Farihan Terjatuh Dari Bangunan Ini.
5. Kami Difahamkan Bahawa Kerajaan Negeri Selangor Akan Memberi Pampasan Dan Gantirugi Ke Atas Keluarga Beliau Dengan Menggunakan Wang Kerajaan Negeri.
GPMS Mendesak Y.A.B. Tan Sri Memberikan Pampasan Yang Sewajarnya Kepada Adik Wan Siti Farihan Kerana Beliau Seorang Mahasiswa Yang Bijak Dan Mempunyai Masa Depan Yang Cerah.
6. GPMS Melihat Kerajaan Pimpinan Y.A.B Tan Sri Bersikap Bias Kerana Tidak Memperdulikan Masalah-Masalah Lain Yang Berkaitan Dengan Pendidikan. Pihak Kami Melihat Kerajaan Y.A.B Tan Sri Lebih Gemar Memberi Perhatian Yang Berlebih-Lebihan Terhadap Perkara Remeh Dan Boleh Mendatangkan ‘Mileage’ Kepada Kerajaan Y.A.B. Tan Sri.