Tuesday, July 28, 2009

Pelajar Melayu Jangan Terus Leka - BELAJAR TERUS BELAJAR.

Salam perjuangan buat semua warga Malaysia yang sedang mengunjungi blog GPMS Cawangan Wangsa Maju.

Buat pengetahuan semua, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju telah melakukan satu transformasi baru dengan membuka blog bagi menerang dan mendekati pelajar-pelajar Melayu khususnya melalui blog.

Di bawah kepimpinan En. Jais Abdul Karim, GPMS Wangsa Maju akan terus menyedarkan pelajar dan belia tentang perlunya kita terus berusaha keras untuk memajukan diri kita yang akan menjadi generasi pelapis di masa akan datang.

Pelajar - pelajar Melayu tidak boleh terlalu bangga dan leka dengan keistimewaan yang diberikan oleh Kerajaan kerana ianya akan bersifat sementara jika kita terus lena dibuai mimpi. Bangun, berusahalah untuk berjaya. Majukan diri anda. Kuasai ilmu yang sedang anda duduki, kerana itu sahaja bekalan kita untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Jika anda leka, jangan salahkan sesiapa apabila kita dipijak... jangan salahkan sesiapa jika kita menjadi bangsa penjajah... jangan salahkan sesiapa jika kita menjadi bangsa yang dihina. Kerana ianya berpunca dari kita.. Maka, bangkit dan terus berusaha keras..

Inilah cabaran kita. Kita tidak perlu bermusuh dengan sesiapa, samada dari bangsa Cina mahupun India. Kerana mereka adalah sahabat kita di bawah payung Malaysia. Bersaing secara sihat bersama-sama mereka. Jadikan pendidikan sebagai satu asas persaingan sihat di kalangan kita untuk memajukan diri. Umat Melayu mampu berjaya. Apa yang perlu hanya kerja keras.

Belajar Terus Belajar....

6 comments:

Pro Raja Nong Chik's said...

Bagus dan tahniah! Selamat berblog! Kalau sudi tolong linkkan blog saya, mungkin bawah rakan UMNO. Terimakasih.

Pemuda UMNO Permatang Pauh said...

Salam,

GPMS Cawangan Wangsa Maju teruskan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair.

Kami juga akan letakkan link anda pada blog kami.

Terima kasih.

KP said...

Salam,
Terlebih dahulu Ketua serta AJK Pemuda Telok Datok ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara serta team GPMS Wangsa Maju kerana sudi layari blog kami.Terima kasih juga kerana memberikan ulasan di dalam blog kami.Sampaikan salam Kasih serta salam perkenalan dari saya khas buat YDP saudara..bersamalah kita berjuang demi kepentingan bangsa,agama dan negara.Terima kasih sekali lagi serta TAHNIAH kerana mempunyai laman blog sendiri.
Wassalam.

Nasyeed Club IIC said...

assalamualaikum....shbtku GPMS kami dengan berbesar hati mengucapkan terima kasih kepada pihak GPMS kerana sudi menjadi sahabt blog kami....

insyaallah kita akan sentiasa akan bekeerjasama untuk bangsa dan agama kita....

sama2 lah kita teruskan perjuangan kita bersama...

Muhammad Syazman Bin Che Ramly
President Nasyeed Club

.wanie. said...

tgk blog ain td..then nmpak gp wngsa mju pnyer blog...wah..da ade blog...syabas...n rindu gler gmbo time nyanyi 2...:)

Mohd Afdzal Mokhtar said...

salam bro...teruskan perjuangan dan teruskan belajar..kami blogger akan support perjuangan GPMS..

anakmelayu30.blogspot.com

support bro!!