Friday, August 7, 2009

Program Bual Bicara Akan Diteruskan Khas Buat Belia - GPMS WANGSA MAJU TERUS BERJUANG

Pagi Ahad lepas telah berlangsungnya Program Bual Bicara : Remaja dan Masa Depan anjuran GPMS Cawangan Wangsa Maju dengan kerjasama Biro Rakan Muda Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas. Program ini telah berlangsung di Masjid tersebut. Alhamdulillah, seramai 130 peserta telah hadir dan memberi reaksi positif terhadap program tersebut.

Program ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Tun Razak, Dato' Dr. Haji Mohd Shafei Abdullah. Walaupun terdapat banyak program pada pagi tersebut, beliau tetap hadir. Beliau juga amat terharu dengan kehadiran peserta yang amat memberansangkan dan berharap program sebegini dapat diteruskan.

Antara peserta yang hadir dari GPMS Cawangan Khas Kolej Islam Antarabangsa (IIC), GPMS Cawangan Khas UIAM, ahli Biro Rakan Muda Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas dan Universiti Kuala Lumpur MIMET.

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim memberi respons positif dan program ini juga sebagai perintis semangat kepimpinan baru GPMS Cawangan Wangsa Maju. Beliau begitu yakin dengan rombakan barisan kepimpinan GPMS Cawangan Wangsa Maju, ianya akan terus bergerak mantap dan utuh untuk melaksanakan program-program baru di masa akan datang.

Ahli panel yang terlibat dalam program ini didatangkan khas dari UKM iaitu Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Halim, CEO Institut Pembangunan dan Penyelidikan Belia Malaysia. Gaya beliau yang bersahaja, tetapi cara penyampaian beliau telah memukau dan mencuit peserta dan ini lebih meyakinkan kami untuk menjemput beliau ke program-program yang akan dilaksanakan di masa akan datang.

Pihak GPMS Cawangan Wangsa Maju ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Jawatankuasa Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas di bawah pimpinan Tuan Haji Abdull Razak Haji Alias yang telah memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan program ini.

Jutaan Penghargaan juga kepada crew-crew yang terlibat dari pihak GPMS Cawangan Khas IIC, UIAM dan Wangsa Maju yang berganding bahu menjayakan program ini. Insyaallah, kerjasama ini akan berterusan dengan semangat kekeluargaan yang kita bina sepanjang program ini.

Tidak dilupa juga khas buat pihak Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Islam Antarabangsa (IIC) yang sudi menyertai program ini. Insyaallah, kerjasama ini menjadi titik permulaan untuk kita melaksanakan program-program bersama selepas ini.

Penghargaan juga buat peserta dari Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) MIMET yang datang dari Lumut, Perak semata-mata untuk menyertai program ini. Jutaan terima kasih.

Buat semua yang terlibat, jutaan terima kasih ikhlas dari kami GPMS Cawangan Wangsa Maju. Pohon ampun dan maaf jika terdapat kekurangan dan kecacatan sepanjang program ini berjalan. Insyaallah, berkat kerjasama di antara kita, program ini akan menjadi lebih sempurna selepas ini.

Program ini juga telah membangkitkan semangat GPMS Cawangan Wangsa Maju untuk terus berjuang mendidik, memotivasi dan membela anak-anak muda Melayu untuk terus gagah mengharungi arena Pendidikan Negara...

Jutaan Terima Kasih sekali lagi ...

4 comments:

SARFAMS said...

Teruskan usaha dan perjuangan GPMS... Mantapkan saff pemuda demi kepimpinan masa depan.

terima kasih GPMS wangsa maju sebab sudi ke blog saya dan komen, teruskan. TQ

Yes2ISA said...

Salam,

Teruskan perjuangan. Saya amat bersetuju dan menyokong blog ini.

Saya juga akan terus menulis blog saya dlm bahasa inggeris supaya org di luar malaysia juga boleh membaca tentang para hipokrit dalam PR

ANDA MUSYKIL????!!!??? said...

sumpah rindu giler.

Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid said...

Salam Perjuangan,

Saya selaku Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 08/09 Mengucapkan terima kasih atas komen anda yang memberi semangat kepada sya untuk meneruskan perjuangan murni ini.

Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan mahasiswa ke arah insan yang berilmu dan bekerja keras dalam mengharungi Arena Pendidikan Negara.

Sama2 kita memberi galakan dan dorongan agar pelajar2 dan belia2 Melayu terus berjuang dalam memajukan diri sebagai persiapan dalam menyumbang kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Sampaikan salam ukhwah saya kepada Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim .

Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

Mohd Fadzil bin Abdul Hanid
Yang Di-Pertua MPP UTHM Sesi 08/09