Wednesday, August 12, 2009

PENGANUT KATHOLIK DAKWA 'AL ISLAM' HINA KRISTIAN - SUARAKAN PANDANGAN ANDA DI BLOG KAMI

Selepas membuat laporan polis lebih sebulan, penganut Katholik masih tidak berpuas hati dengan kelewatan tindakan terhadap wartawan Al-Islam yang didakwa menghina agama itu.

"Sampai hari ini tidak ada apa-apa. Sedangkan kita dimaklumkan siasatan telah selesai. Tidak dengar pula hendak dakwa (wartawan itu) atau bagaimana," kata seorang penganut agama itu Sudhagaran Stanley.

Pada 8 Julai lalu, Sudhagaran dan rakannya Joachim Francis Xavier membuat aduan polis berhubung isu penyamaran wartawan majalah itu Muhd Ridwan Abdul Jalil sebagai penganut Katholik bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam.

Tindakan Muhd Ridwan mengikuti upacara Kristian di dua gereja di Kuala Lumpur – termasuk memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar – dianggap menghina Katholik dan menimbulkan provokasi.

Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Sudhagaran berkata, beliau dan Persatuan Peguam Katholik akan mengunjungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Isnin depan bagi menyatakan kekecewaan mereka itu.

Satu memorandum mendesak tindakan segera berhubung kes itu akan dikemukakan kepada kementerian, tambah Sudhagaran.

Mengulas siasatan terhadap aduan mereka di balai polis daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Sudhagaran berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa siasatan kes itu sudah selesai.

"Cuma, katanya, hanya tunggu arahan atasan (untuk tindakan selanjutnya)," kata Sudhagaran.

Artikel kontroversi itu "Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad" diterbitkan dalam edisi Mei lalu. Artikel itu yang menceritakan pengalaman wartawan di gereja dimuatkan di halaman 28-30 yang menfokuskan isu "Al-Islam Masuk Gereja Cari Gadis Bertudung Murtad".

Bagaimanapun siasatan majalah tersebut tidak menemui isu murtad seperti khabar angin yang sering kedengaran dalam masyarakat Islam.

"Apa pun, sepanjang tinjauan yang dibuat, kami dapati dakwaan-dakwaan yang mengatakan ramai remaja Melayu dimurtadkan di gereja-gereja pada setiap hari Ahad tidak kami temui. Yang ada hanyalah mereka yang berwajah Melayu tetapi berasal dari Sabah yang menganut Kristian sejak lahir," artikel itu dipetik. Penulis turut memuji akhlak penganut Kristian di gereja.

"Sewaktu kami membuat tinjauan ini, kami berasa amat kagum melihat akhlak mereka yang hadir. Mereka sangat menghormati satu sama lain dan sangat mudah mesra kerana mereka sangat berpegang kepada konsep kasih sayang dan hormat menghormati," tulis Muhd Ridhwan.

"Mereka turut berjabat tangan dan diikuti dengan senyuman yang manis dengan kami apabila paderi memberi arahan ramah dan mesralah bersama saudara-saudaramu."

GPMS Cawangan Wangsa Maju akan mengulas lanjut isu ini selepas ini. Kami inginkan pandangan dari masyarakat Islam di Malaysia berkenaan isu ini. Suarakan pandangan anda melalui komen dari artikel ini..

3 comments:

Anonymous said...

SLM GPMS...BAGAIMANA PULA KES PENDAKWAH2 KRISTIAN YANG DI TANGKAP DI SEBUAH INSTITUSI TINGGI DENGAN TUDUHAN CUBA MEMURTADKAN PELAJAR2 ISLAM?
SAYA RASA KES LINA JOY, NYONYA TAHIR BLH DI JADIKAN PEDOMAN. DAN BAGAIMANA PULA JIKA SESEORANG ITU MSUK ISLAM HANYA CUMA UTK MENDAPATKAN SESUATU SAJE? SAYA RASA PERKARA NI HARUS DI PERHALUSI SUPAYA ISU INI DAPAT DI SELESAIKAN "ONCE AND FOR ALL" DAN TAK MENJADI DURI DLM DAGING DIMASA2 AKAN DTG..WALLAHUALAM

Anonymous said...

zeharahmad......
Assalamulaikum
Pada Pandangan saya tindakan wartawan itu salah kerana mencampuri urusan agama lain walaupun dengan niat baik untuk menyiasat.Kesalahan yang dilakukan adalah kerana wartawan itu telah menyiarkan hasil laporan siasatan dalam media secara terbuka. Sepatutnya apabila tiada apa yang ditemui perkara itu haruslah dirahsiakan agar tidak menyinggung perasaan agama lain. didalam alquran juga dalam surah al kafirun dengan jelas telah menyatakan Katakanlah (wahai Muhammad)“Hai orang-orang kafir!
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”kami dengan agama kami dan kamu dengan agama kamu. Perbuatan wartawan mengambil gambar mutahan roti suci yang dimakannya juga sudah pasti akan menyebabakan penganut kothlik terasa terhina serta tersinggung dan kesanya amat bahaya kepada perpaduan Negara kerana akan berkemungkinan akan menyebabkan berlaku pergaduhan antara agama apabila ada satu pihak merasa tidak puas hati. Bagi saya yang kurang ilmu ini berpendapat perbuatan ini telah meyalahi peraturan dan wartwan itu bagi aku haruslah memohon maff dan perlu bertanggungjawab diatas perbuatanya kerana ianya juga telah menyebabakan timbul rasa syak wasangka penganut kristian terhadap islam yang suci.Kalau Kita lihat pula kepada sejarah islam selepas wafatnya RASULLAH S.A.W. dizaman kalifah islam orang-orang islam yang telah murtad telah diajak kembali jika tidak mahu barulah diperangai dan tidak pernah pula kita mendengar cerita tentera Fisabillah(Islam) ini masuk hingga kedalam rumah ibadat agama lain untuk mencari orang islam yang murtad. Semoga ALAH merahmati dan memberikan keampuanan kepada wartawan tersebut dan kepada seluruh umat Islam. Wasalam

YANG GAMBI said...

Salam,

Al Fatihah......semoga roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman. Amin.......

Takziah kepada keluarga alayarham dan para sahabat....